Mohd Saiful berkata, semasa
bekerja dengan Anwar, beliau jarang bersembahyang tetapi mulai insaf selepas
membuat laporan polis berhubung kejadian liwat itu.
Katanya beliau tidak sembahyang
selepas kejadian liwat.
Karpal: Kenapa anda tidak
sembahyang hari itu (26 Jun 2008)?
Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah
diliwat.
Karpal: Ada sembahyang pada 27
Jun?
Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.
Karpal: Ada mandi sebelum
sembahyang? Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.
Karpal: Bila sembahyang, mesti
cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?
Mohd Saiful :Ya.
Karpal: Jadi sembahyang anda pada
27 Jun 2008, adalah tidak sah?
Mohd Saiful: Ya.
Karpal: Jadi anda bukan seorang
Islam yang baik.
Pada ketika itu, Mohamed Yusof
membantah. Hakim Mohamad Zabidin kemudian berkata pihak pembelaan tidak boleh
membantah sekiranya pihak pendakwaan membuat serangan peribadi terhadap Anwar,
di mana Karpal menjawab, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap perkara itu.
Perbicaraan disambung esok bagi
mendengar kedua-dua pihak berhujah mengenai permohonan Karpal untuk mendapat
salinan keterangan saksi yang diambil oleh polis.-Bernama